"You have imperfections ? Don't hide them. Wear them with pride :)
Here it is.. My favourite imperfections ! "

Thursday, August 12, 2010

Secebis kata sebutir ungkapan

suda hampir setengah bulan post ku kosong tanpa berita. Bukan niat untuk mendiam tapi mase hari-hariku yang sangat terhad membataskan segalanya. Hari ni hari ke2 kita menyambut bulan yang penuh rahmat, bulan Ramadhan. Masih tak terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga bulan yang penuh keberkatan ni membuatkan kita lagi bersemangat beribadah dan melakukan tanggungjawab kita kepada Nya. Aminn ;)


Menyingkap kembali tarikh yang same 1 Ramadhan pada tahun lepas, aku masih seorang freshie yang datang jauh2 ke bumi kenyalang ini untuk menunaikan impian ibu bapa ku. Sunyi, sepi lagi2 hidup setahun tanpa roomie. Sendiri terjaga waktu bersahur dengan beralas perutkan roti dan milo suam. Juadah berbuka sedikit meriah mungkin disebabkan penghuni-penghuni k6/b1/3/2 tu majoriti nye muslim. Stove yang dibawa dari semenanjung sangat bermakna bagi kami untuk memanaskan lauk yang dibeli setelah pulang dari kelas masing2. Bile dikenang kembali ade pahit manisnya juga duduk di rumah tu, hati terdetik berkata " sekejapnya mase berlalu. setaon dah berlalu .."


Hm.. berlainan benar dengan tahun ni. Mungkin sebab aku salah seorang senior yang jarang sangat lekat kat rumah. dan mempunyai roomie yang non-muslim, jadi waktu berbuka ku agak suram. Juadah pula ala kadar sekadar untuk mengisi perut. tidak semeriah dulu, tiada bunyik sudip berlaga kuali, tiada bunyi riuh rendah suara kami yang datang dari 4 negeri berborak seperti itik bercakap ngan ayam. mungkin betul orang kata, bila dah hilang baru rase kehilangan ;)


Rindu kat family ? mestila. 1st day sahur, suare garau ayah kedengaran dari corong handphone yang tidakku sedari bila diangkat. ku gagahkan juga untuk bersahur walaupun dengan berbekalkan roti bun dan minuman cereal supaya ku ade tenaga untuk melakukan aktiviti harian. alhamdulillah .. masih ade makanan untuk aku. tapi dalam ati sape tahu ? dirumah , mereka sedap menjamah masakan mama. Terkenang kembali waktu masih sempat berpuasa di sana, walaupun dalam kemamaian dan tekak yang tak berselera tapi bau je masakan mama dah bole segar dan berselera. urm tapi tu dulu .. ape yang aku paling rindukan waktu berbuka puase ialah kuey teow goreng mama, nasi goreng pattaya mama masak (nape? tak caye ? ) masakan mama lebih dari ala cart kat restoran mane2. lagi yang paling aku gemar , nasi berlaukkan asam pedas, tomyam dan sup ikan mama. ;( semua tu hanya memori. realitinya aku ade di bumi malaysia yang terpisah oleh Laut Cina Selatan ni.


4sept kepulangan aku ke semenanjung. Doa kalian menemani ku. semoga selamat sampai ke sane. pelbagai rencana yang ingin dilakukan. berbuka puase bersame rakan2, bersama si dia dan of coarse family tersayang ;) cukup sampai disini, salam Ramadhan kepada semua ;))


No comments:

Post a Comment