ape hukum tinggal 1 bilik dengan orang yang berbeza agama dengan kite? ehh. korang pkir ape? ni pompuan la. my roomie. jawapan die : aku pon tatau. even lagi sehari je lagi aku nak balek semenanjung tapi baru hari ini aku nak tulis entry pasal bende ni. padahal da satu sem tinggal same.
kalau korang nak tau, ataupun ade yang dah tau. Sarawak adalah negeri yang sangat2 berbeda dan kurangnye orang melayu peninsular Malaysia. maklum lah, sarawak pun hampir 3/4 besarnye dari peninsular malaysia so no wonder la rata-rata kat sini dipenuhi orang sarawak je. peraturan, makanan, percakapan, dan budaya mereka berbeza2. ade Iban, Bidayuh, Kadazan, Melanau dan banyak lagi. jangan terperanjat kalau aku cakap ade antara orang kat sini langsung tak reti cakap bahasa melayu walaupun duduk kat Malaysia. Dan satu bende yang paling susa nak diduga bile orang kat sini muke memang sebijik melayu. tapi rupe2nye mereka beragama Kristian. (tanak cakap lebih, nanti orang cakap mengutuk pulak)
ok, berbalik pada cerita tadi. aku percaya setiap universiti pon akan menempatkan student yang berlainan agama dan bangsa dalam satu bilik or rumah dengan tujuan nak merapatkan hubungan sesama bangsa. maklumlah, konsep 1 malaysia. aku tade masalah sebab bagusnya kiblat bilik aku menghadap bertentangan dengan roomie aku yang beragama kristian ni. so, aku sembahyang tak menghadap die, menghadap katil aku. dan bagusnya die, tiada lambang cross kat dalam bilik aku. begitu juga time aku nak sembahyang, die akan slowkan radio yang die pasang. em tapi ape hukumnya kalau ade lambang cross dalam bilik kite? adakah menganggu kite untuk sembahyang? persoalan tu sampai skang tak terjawab lagi.
pernah juga satu hari tu aku dinner dengan die. first thing yang agak kekok bile time berdoa, die ikot cara die, dan aku berdoa dengan cara aku. mungkin tade masalah tapi tak selesa juga orang sekeliling yang memandang cara kami berdoa di satu meja yang sama. kite memang tak digalakkan untuk memandang mereka yang sedang berdoa (cara cross kat bahu, muka dan dada) kan?? emmm
lagi satu, isu kirim salam berlainan agama. satu malam tu aku dgn roomie aku ni keluar ke cafe. tibe2 terserempak dengan pengerusi kelab UNIcs roomie aku ni. (kelab kristian unimas). then balik dari cafe kat dalam bilik, kath (roomie aku) cakap yang pengerusi die kirim salam. baru aku rasa nak jawab tibe2 aku pikir, cane nak jawab salam die tu? so i'm just asking my roomie to say hello back la. bukan kirimkan balik salam tu. kalau salam dari umat islam, kite jawab waalaikumusalam. kalau dari agama lain, cane pulak ?
perkara ni bukanlah isu hangat untuk diperkatakan. tapi yang penting, tanya hati kuatkan iman. duduk di tempat orang, kene jaga diri agar tidak mudah terpesong dengan agama lain. semoga aku di sini dapat kuatkan iman ku di landasan agama islam ni. aminn. (kat sini memang banyak kes budak melayu terikut kawan yang beragama kristian) jadi waspada lah rakan2 seperjuanganku. kawan tu kawan juga. tapi agama dan cara, ikutlah masing2.
sekian , dari seha. salam 1 malaysia =)
menakutkan. haha. salam. salam .satu malaysia. saya dari afghanistan;-)
ReplyDelete