"You have imperfections ? Don't hide them. Wear them with pride :)
Here it is.. My favourite imperfections ! "

Monday, January 31, 2011

YA ALLAH selamatkan mereka!

Baru-baru ni kite dikejutkan dengan berita tergempar tentang keadaan di Mesir ekoran berlaku rusuhan dan betapa teruknya keadaan sehingga diisytiharkan darurat di sana. Malaysia tak lari dari terkena tempiasnya memandangkan hampir 11 000 rakyat Malaysia menetap di sana terutamanya pelajar2 universiti (menurut sumber). Keadaan yang sangat dibimbangkan seluruh rakyat Malaysia memikirkan nasib-nasib anak-anak mereka, rakan-rakan dan saudara terdekat di sana.


Aku serta rakan-rakan kat sini turut merasa risau dan memanjatkan doa kepadaNya supaya diselamatkan rakan-rakanku yang jauh di sana untuk menuntut ilmu. rakan-rakan lain turut berdoa, member sokongan dan kitorang menggunakan apa cara sekalipun untuk membantu dorg walaupun tak besar mana. kl korg online FB tu, rajin2 g page ni HELPSTUDENTM'SIA and like. kite hanya menyalurkan suara rakyat Malaysia kepada kerajaan untuk membantu rakan-rakan lain kat sana.


Rakan-rakan ; Aina Alia Rahim dan Eija. kami mendoakan keselamatan korang. semoga korang selamat dan dapat balik Malaysia! we miss u~ :(

No comments:

Post a Comment