"You have imperfections ? Don't hide them. Wear them with pride :)
Here it is.. My favourite imperfections ! "

Saturday, September 10, 2011

this is what i feel right now

susah tak susah, hidup sebagai anak ni memang akan dilalui setiap orang. tanggungjawab yang besar bagi setiap insan yang digelar anak. mungkin tanggungjawab tu ditakrifkan berbeza bagi setiap orang. cuma kerana niat yang satu -demi ibu bapa. mungkin ada yang hidup membesar tanpa kasih sayang ibu bapa dan ada jugak yang tanpa salah satunye. semua tu dugaan yang diberikan kepada hambaNya, pasti ada hikmah disebaliknya. bagi yang masih bernyawa, hidup masih perlu diteruskan. sesungguhnya Allah menduga hambaNya untuk kita lebih mendekatiNya. subhanallah.

aku taw aku bukan lah anak yang baik untuk kedua2 ibu bapaku. bukan jugak anak yang selalu mendengar kata-kata mereka, maklumlah darah remajaku masih membuak untuk memberontak. tapi jauh di sudut hati, aku sedar semua tu. aku mahu memberikan yang terbaik sebagai anak. apa lagi lah yang diharap dua insan yang mulia di sisi Allah dari anaknya selain membalas jasa, budi dan penat lelah membesarkan mereka dari sekecik zarah sehingga lah mampu berdiri di atas kaki sendiri seperti aku sekarang. mungkin aku memerlukan masa untuk memberi peluang kepada keinginan remaja dalam diri aku yang sering membuak-buak.

jarak dan keadaan mungkin membataskan aku untuk bersuka ria seperti rakan-rakanku disini. dan kebebasan yang dirasai mereka membuatkan sesekali hati ini dicuit perasaan cemburu. tapi jauh disudut hati aku membenarkan hati berkata sabar dan mungkin ada hikmah benda ni berlaku. dan aku masih dilandasan yang betul oleh tersekatnya kebebasan itu. aku bersyukur, alhamdulillah.

kini aku masih di bawah tanggungan ibu bapaku kerana aku masih perlu meneruskan cita-cita aku di menara gading. aku patut bersyukur mempunyai dua insan yang sanggup memerah tenaga untuk aku berbakti kepada mereka di hari tua dan juga untuk masa depan diri aku sendiri. ya. aku perlu tabah dan berfikiran positif. apa lagi yang bole diberikan aku sebagai ANAK untuk diberikan kepada orang tua ku? masa depan ku. pasti itu yang membahagiakan mereka. semoga jalan yang aku pilih dan hari-hari yang aku lalui adalah jalan yang terbaik untuk aku. amin.

sori mood nak sentimental malam ni. coz this is how I feel right now.

No comments:

Post a Comment