"You have imperfections ? Don't hide them. Wear them with pride :)
Here it is.. My favourite imperfections ! "

Friday, April 27, 2012

Aku yang akan pergi




Tiada kata, tiada ungkapan yang mampu diucapkan lagi
Tiada KITA. tiada yang berkata, MEREKA
Kisah KITA hilang terus ditelan waktu

Bukan menjauh tapi menyendiri
Berfikir di luar akal waras melebihi paras garisan
Mungkin ini lah noktahnya
Mungkin juga inilah takdirnya
Yang kita bukan lagi bersama

Jangan sekali kau berpaling kalau ini keputusan yang kau pilih
Jangan sekali kau datang lagi kalau ini yang kau ingini
Aku tak membenci, jauh sekali berdendam
Mungkin ini yang terbaik untuk kita
Kau dan aku bukan lagi SATU

Impian dan anganan aku suatu ketika dulu lenyap
Lesap mengikut angin kecewa
Biarkan saja ia terkubur kaku dalam memori
Orang kata, yang pergi pasti ada pengganti
mungkin ini petanda daripada Tuhan yang Maha Adil
bahawa Dia akan memberi yang lebih baik

Menanti?
Ye, aku masih menanti
Menanti seseorang yang kuat mempertahankan cintanya demi aku
Bukan yang lemah dan tersungkur mencium kegagalan
Aku memerlukan orang yang tegas dan teguh pendiriannya
untuk bersama-sama meniti hidup yang penuh dugaan dan cabaran

Seseorang yang boleh yakinkan aku
yang CINTA tu bukan hanya memiliki tapi untuk dikongsi

Aku yang akan pergi,
Seha Safhee.

No comments:

Post a Comment