Hey readers !! post ni pasal trip kitorang 3rd Year Plant Science Student ke Bintulu and Miri. Agak panjang and membosankan. kalau nak baca, dialu-alukan. Kalau tanak, sila tutup. tiada paksaan :) *More pictures in FB .
Day 1 - 9 April 2012
Berbekalkan tido 5 hourse malam tu, about 6 am aku dah bangun untuk bersiap. Almaklumlah nak kejar bas kat Depo bas Unimas sangat la jauh plus with cabin-size-luggage and a backpack kat belakang. About 8 am, dengan bismillah kitorang bertolak dari Unimas ke Bintulu. Cuba teka berapa jam perjalanan kitorang? 2 hours? *tettt 3 hours? nooooooooooo..... *pangkah2. 14 hours okay ! ulang, EMPAT BELAS JAM ! more than half day taw?! walaupun driver bas tu benti 5 6 kali jugak la untuk breakfast, lunch, tea break, and dinner tapi perjalanan tetap rasa jauh. Nak patah pinggang, punggung segala bagai lah. Plus, there's no highway from Kuching to Bintulu. so, jalan dia agak bergoyang and menambahkan lagi kepeningan kepale ni yang asek bangun tido makan. Whatelse should we do, kan?

see the distance? *tepuk dahi
mase nak pergi and berhenti untuk makan
We arrived safely at Pusat Latihan dan Penyelidikan Jabatan Pertanian Sibiew di Bintulu about 10 pm. Sampai2, went to shower and terus tido tak ingat dunia ! bateri kong -____-
###########
Day 2 - 10 April 2012
Woke up at early 5 am untuk berebut toilet *maklumlah shower die open 1 bilik, toilet 3 bilik. student lak de 53. Memang panjang beratur. About 7 am bertolak dan stop for breakfast at Bandar Bintulu and move again to Grand Perfect Nursery Sdn Bhd and Sarawak Planted Forest Sdn Bhd. Time turun bas tu masing2 terkejut sebab all staffs there que macam tunggu VIP. *teruja dengan kehadiran kami gamaknye. Kat sini kitorang di-briefing pasal pulp and paper dari species Acacia Mangium. Memang best lagi2 line langsung tak dapat kat sini.
Then after melawat tempat ni, about 4 pm ktorang balik semula to JPS Sibiew untuk rehat. Malam lak kitorang gotong-royong untuk dinner. Best sangat ! macam family :)
##############
Day 3 - 11 April 2012
Time ni cuti umum. We take this opportunity to spend time at one of the most popular national park at Bintulu, Taman Tumbina Bintulu. Excited la kan dah lame tak pegi zoo. Expect setinggi langit, sekali masuk tak nampak pape and jalan punyer jauh berbukit-bukit dengan panas terik. Panas hati dah sebab tak nampak 1 binatang pun lagi. Dah agak2 nak give up time tu baru la nampak burung unta dengan kandang harimau. Tu pun lepas dah daki bukit paling atas. Atoyaii.. baru lah de lah nampak burung-burung yang jarang jumpa kat semenanjung.
Then we move to Pantai Bintulu untuk amik angin. Amik kesempatan lepak tepi pantai, Husna dan Ain order air kelapa. Nyum3. Wani plak order ABC. Maklumlah panas menggila! Then ktorang bergerak ke tepi pantai. Sedang2 putus cinta ni, pantai adalah penawar terbaik untuk lepaskan sendu. Ombak Rindu katakan. *okay, muntah sekarang :p
Tengah2 lepak, tetibe Ain cakap member2 die yang kitorang pernah lepak sama minggu lepas nak datang. Yela, lupa plak dorang polis yang kene campak untuk bertugas kat Bintulu. Dalam lima orang jugak lah datang. Lepak kejap then driver bas dah panggil balik. Sebelum balik ke JPS Sibiew, kitorang sempat singgah ke Shopping Complex yang aku lupe pe name die. Masing2 berpecah untuk cari barang and makan. Petang tu lebih kurang jam 4 ktorang bertolak balik ke JPS, Sibiew.
###########
Day 4 - 12 April 2012
Seawal 5.30 pagi bangun *biasalah berebut toilet and get ready for next location, Stesen Penyelidikan Lembaga Getah Malaysia, Similajau, Bintulu. Perjalanan about 2 hours ni agak terasa sebab mase tu aku dah start rase pening2 and badan panas. Cuaca yang tak menentu plus dengan aircond bas yang takat beku buat suhu badan tak stabil. Kat sini kitorang di-briefing pasal Oil Palm Plantation yang ada kat Bintulu. Then bergerak ke Oil Palm Estate Lambir, Bintulu.
Macam-macam ilmu ktorang dapat kat sini :)
Next location, to Miri !! Memang terasa penat sebab perjalanan yang amik masa kira-kira 3 jam bole kire bape kali bangun tido makan tido balik. Tapi terasa berbaloi sebab chalet yang kitorang duduk tu sangat cantik ! very near to the entrance to Gua Niah, chalet ni sebiji2 macam homestay which each chalet have 4 rooms and each room have 4 or 5 beds. Macam biasa la kitorang mesti berlima satu bilik :) Malam tu kitorang gotong-royong untuk dinner. Best memang best chalet ni tapi yang tak best bile de Ghost Story disebalik malam yang kitorang stay tu *okay, goosebumps. Tetibe teringat Friday the 13. Ssssseeerriioouuuss ???
##############
Day 5 - 13 April 2012
Esok pagi tu kitorang kene bangun awal sebab nak trekking ke Gua Niah. Dah mandi and gotong royong prepare untuk breakfast, kitorang pun bergerak ke Gua Niah. Nak ke seberang sungai kene naik boat muatan 15 orang. rm15 per boat so sorang rm1. Entrance lak rm20 per 4 person. FYI, kat situ memang ade buaya. okay, freaky !!
Perjalanan ke sane kene ikut plankwalk kira-kira 3 km plus lagi dalam Gua Niah tatau bape jauh, putus nafas jugak lah kan. Tapi penat-penat pun berbaloi jugak bila sampai. Subhanallah, terpegun melihat keindahan ciptaanNya kat dalam Gua Niah tu. Cantekkkkkk sangat !! tapi nak daki tangga yang beribu kat situ macam pikir dua kali la kan. Pfftttt exhausted ! last-last kitorang amik keputusan untuk bergambar kat bawah je.
Then balik untuk siap-siap untuk bertolak menuju ke Pusat Latihan dan Stesen Penyelidikan Jabatan Pertanian Kabuloh, Miri. Kat sini kitorang di-briefing pasal ladang buah-buahan dan sayur-sayuran. Sama konsep macam kat Jabatan Pertanian Serdang tempat kitorang praktikal tu, tapi kat sini agak kecik la. Kitorang diberi makan buah pamelo atau nama biasa dia limau bali. Ada dua jenis, honey pamelo dengan lagi satu tu warne merah. Just nice, manis masam pahit :) Petang tu kitorang patah balik tido kat JPS, Sibiew Bintulu (tempat 1st and 2nd day kitorang tido).
###############
Day 6 - 14 April 2012
Bangun seawal 5.30 pagi walaupun malam tu kitorang tido jam 1 pagi untuk rematch UNO CARD *maklumlah rutin tiap malam kitorang kat sane. Berbekalkan berapa jam tido, kitorang bertolak balik Kuching. Tape, ade 12 jam untuk tido dalam bas. About 7.30 pm, kitorang pun sampai Kota Samarahan. Ya Allah penatnye tak terkata. Walaupun penat tapi this is the best trip ever and the last trip for us as final year student kat Unimas. Seriously, I'm gonna miss my all classmates yang sporting habis !! :') terharu. wuuuuu.
PS : after this sume dah busy dengan FYP and assignments.
rase macam tanak balik je bile kat Bintulu and Miri :'(
No comments:
Post a Comment