Aku mencari kesalahan dalam setiap gerak geriku, setiap tutur kataku, setiap mesej yang diberikan tetapi hampa. Aku masih tak jumpa apa salah aku. Kenapa kau tiba-tiba berubah? Kenapa baru sekarang kau luahkan segala-galanya? Setelah keselesaan yang aku rasakan sekarang. Mungkin salah aku kerana terlalu selesa dengan keadaan kita.
Tidak bersedia? Tidak berani dengan komitmen? BULLSHIT apa yang kau cuba sampaikan ni? Setelah harapan setinggi gunung kau hadiahkan, selepas kemesraan antara kita ternyata jelas selama ini, dan at last ini yang kau berikan? AHA, MEMANG BULLSHIT.
Mungkin salahku memberi peluang kepada orang yang salah untuk menghancurkan hati aku lagi. Mungkin salahku juga kerana terlalu meletakkan harapan setinggi menara pencakar langit dan akhirnya jatuh hancur berkecai. Mungkin juga aku terlalu memaksa kau ? tapi hey , jangan sesekali kau menuduh aku sebegitu. Manakan bergoyang pokok jika angin tidak bertiup?
Bila aku bertanya, kau mengelak. Bila aku mahu bersuara untuk mencari satu konklusi, engkau mengelak. JANTANKAH engkau? HEH, jangan jadi pengecut lah. Kalau tiada hati, lepaskan. Tak perlu ucapkan sayang jika dalam hati kau sebenarnya kosong. Jangan mengaku cinta kalau sebenarnya tidak. Kau mengkhianati maksud cinta. Kau masih mentah. Jadi, jangan ingat cinta boleh dipermainkan dan kau salah orang untuk bermain dengannya.
Kata kau lagi, kau tidak merasa perasaan seperti ketika kau bersama kekasih lama. heh. seperti bezanya kau memakai perfume DKNY dan Hugo Boss. Kau masih memakai perfume tapi bau dan aromanya mendatangkan perasaan yang berbeza. Jangan dibandingkan hubungan lama kau dengan hubungan kau sekarang, ianya berbeda.. SUNGGUH BERBEDA.
Aku penat dengan mainan cinta. Kalau tak mahu, lafazkan. Jangan sampai sayang tu terlalu dalam dan dalam lagi sakit itu terasa bila aku mahu melangkah pergi. Aku tak perlukan seseorang yang mengalah sebelum mencuba dan aku tak perlukan orang yang tak pernah berani untuk mencuba.
Ya Allah, jika dia milikku dekatkanlah hatiku dengan hatinya . tapi jika dia bukan milikku, Kau tariklah perasaan sakit itu jauh dariku. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk kehilangan seseorang yang aku sayang. Tetapi jika kehadiran aku menambah perit dari bahagia, aku redha lepaskannya.
No comments:
Post a Comment