"You have imperfections ? Don't hide them. Wear them with pride :)
Here it is.. My favourite imperfections ! "

Saturday, August 27, 2011

happy eid !

assalamualaikum. :) jap ikat rambut sat !

ehem2. Ramadhan suda menemui penghujungnya. kire punye kire, dah 27 Ramadhan nampaknye. alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana dipanjangkan umurku lagi :)

so camane persiapan raya korang ? aku? alhamdulillah aku pun ade jugak modal nak bershopping. yela, hasil titik peluh berpart-time promoter kat Carrefour walaupun tak berpeluh, dalam aircond sejuk gilebab bersama rakan segila, Shazwani Nashuha. hasilnya, income tu jugak digunakan membeli barang-barang yang aku nak dan berkongsi rezeki dengan family tercinta. betul orang kata, bila duit yang kite dapat hasil dari penat lelah kita, kita akan lebih menghargai dan menggunakan sebaik-baiknya.

raya tahun ni macam tahun-tahun lain, first day raya kitorang akan beraya di Puchong dan KL. raya kedua akan gerak ke Johor untuk beraya ke rumah makcik-makcik di sana. maklumlah kitorang dah tade kampung. wuuu sedih sedih. tapi jangan tak percaya kitorang tiap tahun menganyam ketupat, masak lodeh, rendang dan sambal goreng. meriah kat rumah sendiri la!

tape, yang penting raya tahun ni mesti diraikan dengan gembira ! yeyh.

shopping raya tahun ni agak pesat berbanding tahun-tahun lepas. mana taknye hari ni teman akak shopping, esok teman member shopping, lusa teman buah hati shopping. kan dah berderet-deret. duetnye pon kuar berduyun-duyun. seha seha, jimat ye !

apa-apa pun aku percaya setiap orang ada persiapan raya masing-masing. kemeriahan raya pun berbeza-beza. tapi ada jugak yang tak mampu nak merasai nikmat Syawal yang bakal menjelma. so beringat-ingat la ye rakan-rakan ! seronok seronok jugak :)

so, persiapan raya kalian macamane pulak? harap2 Syawal yang bakal datang ni memberi seribu makna untuk anda juga !! :)

No comments:

Post a Comment