"You have imperfections ? Don't hide them. Wear them with pride :)
Here it is.. My favourite imperfections ! "

Monday, August 29, 2011

nazam lebaran

Allahuakbar allahuakbar allahuakbar
Lailahailallah huallah huakbar, allahuakbar walillahilham.

subhanallah, indah sungguh takbir suci berkumandang malam ni. sayu hati yang mendengarnya. lebaran tahun ni aku rasa sangat berbeza dari tahun-tahun lepas. bila teringatkan salah dosaku pada seseorang yang sekarang ni jauh di mata, menitis lagi air mata yang ntah ke berapa kali membasahi pipi.

ya Allah, kalau dugaan ini yang kau berikan kepada aku, kalau ini lah jalan yang Kau tunjukkan kat aku, aku redha ya Allah. sesungguhnya aku memohon , berdoa supaya dibukakan hati dia untuk memaafkan kesilapan yang paling besar aku penah lakukan. aku tahu aku tak layak menerima kemaafan darinya Ya Allah. Aku memohon Kau berilah dia sifat semurni Nabi Muhamad s.a.w iaitu mudah memaafi. Aku manusia lemah, penuh dengan kelemahan. jika itu menjadi penyebab, biarlah seribu kebaikan yang aku buat tiada gunanya dengan satu kesalahan yang aku lakukan. :'(

Ya Allah, aku memohon kau panjangkan lah jodoh kami. hati aku hanya miliknya, tiada lelaki lain yang pernah bertakhta dihati ini selain dari dia, Ya Allah. tapi andai dia bukanlah milikku, tenangkanlah hatiku dengan ketentuanmu ya Allah. sesungguhnya berat untuk aku terima semua ini :'( limpahkanlah ketenangan sebesar-besar ketenangan dalam hati aku ini supaya aku tidak menafikan ketentuan-Mu ya Allah :'(

Ingin sekali aku memohon maaf, bersalam dan jika boleh melutut pun aku sanggup untuk menghulur sepuluh jari kepadanya di pagi raya. jika sebelum ni aku meminta supaya diperlambatkan masa di bulan Syawal ini, tahun ni aku ingin sangat masa seminggu itu dipercepatkan. hati naluri ini memberontak mahukan jawapan yang menentukan masa depan aku, hidup mati aku. biarlah masa untukku pulang ke Sarawak terasa cepat , asalkan aku berpeluang menatap lagi sepasang mata yang aku sayang selama 2 tahun ni pada lebaran kali ini ya Allah :'(

ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan menghadapi semua ini. jika hinanya aku di matanya, jika kejinya aku untuk berada disisinya lagi, aku rela mengundur diri asalkan dia tidak terluka lagi. Ya Allah, jika dia bukan milikku lagi, Kau tabahkanlah hati ku untuk melepaskannya dan tenangkanlah jiwa aku untuk meredhakan ketentuanmu ya Allah :'( sesungguhnya aku merancang, Kau yang menentukannya.

Amin ya robbal alamin :'(

dari insan yang lemah,
noorfaseha safhee

No comments:

Post a Comment