"You have imperfections ? Don't hide them. Wear them with pride :)
Here it is.. My favourite imperfections ! "

Tuesday, July 10, 2012

The last night in Kuching, Sarawak


Panjang post aku malam ni. sorry readers, kalau boring sila tutup. tiada paksaan.

*ktak ktak ktak (bunyi jari menaip)

Merenung setiap sudut bilik. Puas dengan barang yang bakal di angkut balik. Baju dah di pack, barang-barang yang tinggal hanya untuk digunapakai malam ni. *Hembus nafas. Cepat je terasa aku dah nak tinggalkan Unimas. Nak tinggalkan Kuching, dan Kota Samarahan yang padat dengan kenangan. Pahit manis aku lalui sepanjang 3 tahun ni berlegar-legar kat fikiran aku yang makin lapang dan lengang, menanti masa untuk pulang ke rumah.

*Pandang lagi sudut-sudut bilik yang makin kosong.

Malam ni malam terakhir aku tinggal sini. dan malam terakhir aku sebagai mahasiswi yang bakal menempuh alam pekerjaan kelak. dan mungkin juga malam terakhir aku untuk merasakan suasana di bumi asing, Kota Samarahan. mungkin ke ade peluang lagi untuk tinggal di sini sebagai seorang pelajar? TIDAK. lepas ni aku akan digelar graduan universiti. dan akan menjadi seorang perempuan bekerjaya. tiada lagi keseronokan hang out, tiada lagi keserabutan assignment dan exam, tiada lagi susah payah jerih perih sebagai seorang pelajar dan tiada lagi suka ria di alam remaja. aku bakal menempuh alam dewasa yang penuh dugaan.

Imbas kembali detik-detik mulanya aku jejak kaki kat sini memang berbeza dengan sekarang. Tiga tahun. ye, tiga tahun banyak mengubah hidup aku. dari seorang yang naif dari segala segi ilmu ke seorang yang matang untuk menguruskan hidup sendiri tanpa bergantung kepada sesiapa. dan first post dalam blog ni genap juga untuk menandakan yang 3 tahun aku kat sini.

Lepas ni, tiada lagi hang out berlima ke The Spring, Seberkas, Boulevard, Ranchan, Satok, Waterfront, Matang, dan banyak lagi. Takde lagi gelak tawa, takde lagi karaoke bersama, takde lagi hang out snap pictures. I'm gonna miss you girls. Seriously.

Nurul Husna binti Muhammad Khaled. one of my bestie here. orang yang pertama aku jumpe masa orientasi first year. First thought about her, she's very beautiful and sopan-sopan je. sekali bile kenal, okay masuk air! Husna ni, matured dari segi mengatur hidup die. tapi agak chicky sebab die diminati ramai. sorry guys, she's not available. lagi satu, dia sangat naif bile kitorang tipu die. mesti terkena. haha tu yang buat kitorang lagi suke sakat. btw, husna. Thanks for everything. kau lah sahabat aku yang aku tak penah rasa sakit hati, tak pena buat aku rasa annoyed. mintak maaf kalau selama perkenalan kita, aku de buat kau terasa dengan kepale degil aku ni. aku sayang kau sangat2 ! hopefully konvo nanti kite dapat pegang segulung ijazah sama2. aminn insyaallah kau boleh !

Hazwani binti A.Bakar. My twin ! first dulu kenal, die ni sangat2 rapat dengan Asmaa. first thought, she's matured. erk, bile kenal same je masuk air T_T haha. tapi wani ni soft orang dia. walaupun dia bole masuk dengan kitorang tapi dia tak gile macam aku ngan husna. orang die ni berjiwa lembut sangat2. and fyi, die tue setaun dari aku, asma ngan husna. jiwa dia selembut kertas, so pesanan untuk future bf die, tolong jaga remukkan hati die and jaga die elok2 k. wani ni sangat memahami jiwa aku lagi2 bile aku sedih, she always be there for me. thanks sangat2 wani ! lebiu !

Asmaa Zafirah binti Ahmad Jailani. merangkap co-pilot aku. bile aku drive, die la yang tolong suap makanan n minuman kat aku. Kesian kat dia kadang-kadang mistake aku mse drive, die yang kene. tapi korang tatau, die sanggup bersengkang mate time aku drive, mane lah die pena tido dalam kereta. kalau aku blur jalan, die jadi tukang tunjuk jalan. die memang sangat membantu aku selama ni. thanks syg ! muahhxx ! Asmaa ni sangat happy go lucky orang dia. tak banyak problem sangat. kalau sakat die, memang best. sebab die ni kental, tak lut kene sakat dengan kitorang lagi2 aku T_T sori asma salu klentong ko. sape soh ko percaye aku. hihi. harap2 gurauan aku selama ni, kau tak amik hati ok? selama 2 tahun kite rapat ni, kalau aku buat ko sakit ati, mintak maaf sesangat k?

Norain binti Abdul Halim. Die ni ibarat akak bagi kitorang sebab die agak matang sket tapi masuk air jugak sebenarnye. suda bertunang, bakal kawin je. gile2 orangnye, karaoke nombor satu *suara sedap taw. walaupun kitorang rapat dengan die ni lambat sket, tapi ape2 pun tanpa die, tak lengkap group power rangers kite ni. ain, aku tau kite banyak sangat bergaduh 2 tahun ni dan aku mintak maaf kalau selama perkenalan kite, aku banyak sakitkan hati ko. thanks jugak sebab tolong aku selama ni :)


Lepas ni, kite sume berpecah. Husna kat Sarawak, aku kat Puchong, Asmaa kat Kajang, Wani kat Johor, dan Ain kat Pahang. tapi jauh2 kite pun jauh lagi husna yang seberang laut china selatan tu. Aku doakan setiap sorang antara kita sume akan dapat kerja yang elok2, gaji tinggi, dan berkat. Amin Insyaallah. Susah payah kita memerah otak selama 3 tahun untuk memegang segulung ijazah diharap berbaloi. Aku menyusun 10 jari kat korang kalau selama perkenalan kita, aku banyak susahkan korang, sakitkan hati korang. nak ucap terima kasih banyak-banyak jugak sebab korang banyak membantu aku untuk belajar berdikari. u guys are one of the best things in my life !

Malam ni terasa sayu je sebab macam tak caye je nak tinggalkan sarawak. tapi bersyukur jugak sebab aku dapat graduate on time. alhamdulillah syukur :) hmm, terlampau banyak kenangan kat sini. kat sarawak jugak lah aku berkenalan dengan 'dia'. walaupun pahit untuk ku telan tapi sekurang-kurangnya ia banyak mengajar aku erti kesabaran dan pengajaran untuk aku supaya tak percaya orang sepenuhnya. sedih je bila lalu tempat2 kite lepak same. seriously, sayu.

Selamat tinggal Sarawak!! esok aku kan terbang meninggalkan kau. 3 bulan lagi Insyaallah kalau de umur yang panjang, tiada aral melintang, akanku jejak buat kali terakhir untuk menerima reward jerih perih selama 3 tahun memerah otak di Unimas, segulung ijazah sarjana muda. Insyaallah jumpa lagi bulan 10 time konvo nanti rakan-rakan !



*Bakal merindui kau Husna. aku jumpa kau yang pertama, aku spend time yang terakhir kat sini jugak dengan kau. pengalaman kua gi beli burger mlm, nk kene kejar anjing sume, sgt klakar bg aku. nanti dah tak dpt kua camtu lagi.

Jangan lupakan aku okay ? selamat malam :')

No comments:

Post a Comment